Featured

Jalan-Jalan Ke Jepun Bersama Kembara Halal Nippon

🌸ζ—₯ζœ¬γƒγƒ©γƒΌγƒ«ζ—…θ‘ŒπŸŒΈ

Anda pening? Anda takut? Anda risau? Nak sangat ke Jepun, tapi was-was dan tiada keyakinan diri. Jangan bimbang. Kami boleh tolong anda. Jom jalan-jalan ke Jepun bersama kami “Kembara Halal Nippon” atau juga dikenali KHN yang telah mula bertapak semenjak 5 tahun yang lepas di Malaysia.

KHN menyediakan pelbagai pakej menarik dan berpatutan yang mana setiap agen lantikan kami dikenali sebagai “Agen Pakej Samurai” akan menemani anda dari awal hingga akhir pengembaraan anda. Bilangan minimum peserta ditetapkan sebanyak 12 orang dengan harga serendah RM1,999 per individu (tanpa tiket penerbangan). Setiap pakej bergantung kepada beberapa faktor utama iaitu :

  1. Lokasi lawatan (samada Osaka, Kyoto, Nara, Nagoya, Tokyo, Sappora dll)
  2. Masa lawatan mengikut peredaran musim (bunga, panas, luruh, sejuk) dengan tempoh paling minimum 5 hari 4 malam.
  3. Jenis lawatan samada backpackers type atau family type.
  4. Jumlah peserta yang terlibat.
  5. Harga tiket penerbangan pergi – balik (berubah mengikut masa tempahan).

Pakej-pakej ini boleh dibincangkan bersama-sama mengikut kesesuaian anda. Berikut disertakan review daripada peserta lalu yang mana memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan kami.

Apa yang isteimewa tentang kami ialah macam mana anda akan bergerak ke sana ke sini sepanjang di Jepun akan diuruskan (all the ground) oleh kami termasuk pengangkutan, hotel, tempat untuk dilawati dan yang mana makanan halal dsb. Tak perlu sakit kepala dan nak guna Google Translation kerana agen kami semuanya 100% fasih berbahasa Jepun dan berpengalaman berada di sana selama bertahun-tahun. Berikut disertakan laman rasmi Kembara Halal Nippon (KHN) untuk rujukan lanjut kepada peserta yang berminat di https://www.facebook.com/KembaraHalalNippon/

Salah satu pakej ekonomi yang disediakan oleh KHN serendah RM1,999 untuk urusan all the ground sahaja. Perubahan harga promosi tertakluk kepada keadaan semasa dan situasi.

Wow!!! Tunggu apa lagi, tinggalkan maklumat anda menerusi e-mail safranabadi@gmail.com atau http://www.wasap.my/60126875179 untuk keterangan lanjut menerusi agen kami, En. Zuhairi.

  • Nama untuk dihubungi
  • No. telefon untuk dihubungi
  • Tempat di Jepun untuk dilawati (Sapporo, Tokyo, Nagoya, Osaka, Kyoto dll)
  • Bilangan peserta
  • Tarikh dan tempoh lawatan
  • Jenis lawatan samada backpackers type atau family type (pilih antara satu)

Jom bersama kami kembara ke Jepun tanpa batasan dan masa. Kita sembang dan bincang sampai jadi !!!

# Kembara Jepun Bersama Halal & Selesa #

Pakej Menarik Untuk Pilihan Anda. Sila Klik Di Sini

Masa

Terdetik di hati penulis untuk mengarap soal berkaitan dengan pengurusan masa terutamanya apabila berkaitan dengan masyarakat Malaysia. Penulis memang cukup sensitif dengan soal ini apabila rata-rata masyarakat kita ambil lewa dengan masa. Apabila membuat janji, sering sekali masa yang dijanjikan tidak menepati masa dengan pelbagai alasan diberikan dan tidak munasabah.

Mentaliti dalam menepati masa memang sangat teruk. Kenapa ini sering terjadi sedangkan masyarakat luar negara maju rata-rata amat cukup sensitif perkara ini. Penulis tidak ingin mengulas tentang mana-mana bangsa di Malaysia, namun rakyat asing luar negara sudah sinomin dengan masyarakat Malaysia tentang budaya tidak menepati masa.

Adakah kita sudah sinomin dan terbiasa dengan perkara ini? Tiada harapan dan peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik? Dalam ajaran Islam sendiri telah mengajarkan bahawa pengurusan masa adalah amat penting sehinggakan Allah SWT bersumpah atas nama masa di dalam Surah Al-Asr yang bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. “

” Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. “

Bukan hanya dalam ajaran Islam menekankan akan pentingnya pengurusan masa, secara prinsipnya, mana-mana ajaran lain sekali pun akan menasihati penganutnya agar berbuat baik termasuklah dalam menjaga masa. Lebih-lebih lagi dalam ajaran Islam, tidak malukah kita sekiranya tidak menunjukkan sikap ini dan sedikit sebanyak menjejaskan imej Islam sendiri.

Dalam konsep sesebuah syarikat, setiap detik dan saat adalah berharga kerana ianya merupakan pelaburan yang perlu dibayar bagi operasi syariakt tersebut. Ianya dipanggil produktiviti syarikat. Sekiranya pengurusan masa kakitangan tidak dipatuhi daripada peringkat atasan hingga ke bawah, nescaya keadaan syarikat tersebut dalam keadaan tidak terurus.

Pengurusan masa bermula dari diri sendiri. Apa yang paling mudah adalah anda perlu uruskan sendiri diri anda dan jangan hiraukan apa yang orang lain lakukan. Bagi penulis, orang yang tidak menepati masa adalah orang yang gagal dalam setiap keadaan dan mencerminkan karektor individu tersebut. Bagaimana individu itu akan maju ke hadapan sedangkan masa sendiri tidak terurus.

Semoga coretan ini akan membuka mata masyarakat supaya hargailah masa yang akan berlalu detik demi detik dan saat demi saat kerana masa yang berlalu tidak akan kembali.

Coretan & keluhan penulis.

Happy Birthday Daniel Lutfy β€Ό

Happy birthday Daniel !!! Wah ucapan selamat jadi dengan slang Mat Salleh sempena ulang tahun kelahiran anak lelaki ku yang kedua, Muhammad Daniel Lutfy. Hari ini 16 Januari 2020, genap usianya 10 tahun. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan anugerah dan nikmatnya.

Daniel, perangainya memang berlainan dan berbeza dengan adik beradiknya yang lain. Suka berada di alam khayalan dan seorang yang sedikit sensitif serta perlukan perhatian yang lebih.

Nak dikatakan manja, bukannya manja cuma Daniel memang perlu dipujuk dan diberitahu dengan cara langsung. Jangan sama sekali bersastera atau berliku-liku ayat diberikan kepadanya kerana kepeningan lah si Daniel ini nanti.

Namun, Daniel tetap salah seorang anak terbaik kami. Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu membuat kami tersenyum. Amanah yang diberikan akan kami laksanakan sebaik mungkin.

Dari kiri: Erynna, Adrian, mama, Daniel, Aqil, Bella.

Besarnya keluarga kami, sehinggakan nak naik kereta pun dah macam tin sardin. Semasa mereka semua ini kecil, keletihan melayan karenah bergaduh, menangis, merosakkan barang,berteriak mengaum, berlari-lari sana ke sini dan sebagainya. Hakikatnya itulah anak-anak kami yang sentiasa tersemat dengan kenangan mereka dalam sanubari.

Perubahan pada Daniel semakin lama semakin mula matang seperti abangnya. Sudah mula belajar bersungguh-sungguh walaupun perlu bertatih dari awal.

Bimbingan secara berterusan dan galakan memang sangat diperlukan oleh si Daniel. Usaha lah bersungguh-sungguh dan kami semua akan berikan sokongan yang terbaik. Ingatlah doa kami sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.

Amin, ya Rabbal alamin.

Apakah maksud sebenar “Malays – Ia”?

Rupert Emerson telah menulis buku pada tahun 1924 berjudul “Malaysia”, tetapi nama itu ditentang hebat oleh bekas-bekas pentadbir British di Malaya seperti Sir Frank Swettenham yang mengatakan nama itu “INSULTING” iaitu bersifat penghinaan.

Adakah maksud “IA” diakhir perkataan MALAYS yang mungkin mereka katakan “Insulting” itu?

Sekiranya dikaji nama negara-negara yang ada di dunia, terdapat nama-nama negara yang berakhir dengan “LAND – dari Bahasa Inggeris/Eropah”, “TAN – dari Bahasa Farsi” dan “IA – dalam Bahasa Latin.”

Semua sambungan perkataan “Land”, “Tan” dan “Ia” membawa maksud yang sama iaitu “TANAH”.

Hampir separuh nama-nama negara di dunia ini berakhir dengan perkataan “ia” di hujungnya.

Antaranya termasuk Russia (bermaksud Tanah bangsa Russ), Somalia (bermaksud Tanah Bangsa Somali), Algeria (bermaksud Tanah bangsa Algers), Bolivia (bermaksud Tanah bangsa Bolivars), India (bermaksud Tanah Sungai Indus), Columbia (bermaksud Tanah Columbus), Mongolia (bermaksud Tanah bangsa Mongols), Ethiopia (bermaksud Tanah Bangsa Kulit Hitam) dan sebagainya.

Dari hasil penyelidikan dan paparan di atas, jelaslah nama “MALAYSIA” itu adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan kepada perkataan “MALAYS” dalam bahasa Inggerisnya yang merujuk kepada perkataan “MELAYU”.

Kesimpulannya, MALAYS-IA itu bermaksud “LAND OF THE MALAYS”, atau lebih tepatnya disebut sebagai “TANAH BANGSA MELAYU”.

Maka ini adalah fakta dan pengertian sebenar apabila dikatakan MALAYSIA. Fakta ini tidak boleh diubah dan ianya akan kekal sehinggalah matahari terbit daripada barat.

Produktiviti Dan Peranan 4M

Apakah yang anda fahami berkenaan dengan 4M dalam pengurusan produktiviti sesebuah syarikat? 4M adalah singkatan perkataan daripada Material, Method, Machine, Man. Ianya merupakan kaedah dan langkah analisis yang selalu digunakan untuk mengenalpasti punca dan penyebab sesuatu masalah. Kaedah ini diperkenalkan oleh Kaoru Ishikawa, Julai 13, 1915 – April 16, 1989.

Ada sesetengah pihak menambah satu lagi M dalam kaedah analisis ini iaitu Money dan menjadikannya sebagai 5M. Dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat, berikut adalah penerangan ringkas untuk rujukan segera.

Konsep 4M Dalam Kaedah Analisis Mencari Punca Masalah

Material

Material bermaksud bahan mentah atau sumber bahan untuk pembuatan sesebuah produk. Dalam membincangkan punca masalah, keadaan bahan mentah samada rosak atau bermasalah semasa dalam proses handling perlu diperhatikan dari setiap aspek. Cuba lihat dari segi tempat simpanan, cara memproses, cara penghantaran dari gudang ke dalam proses serta keadaan asal bahan mentah tersebut yang menjadi punca kepada masalah dalam proses pembuatan.

Method

Method bermaksud cara proses sesuatu produk dijalankan. Adakah kaedah yang diguna-pakai betul atau menpunyai kecacatan dan kelemahan? Tidak semestinya standard of procedure (SOP) yang ditetapkan sebelum ini adalah 100% tepat. Ianya semestinya akan berubah dari masa ke semasa disebabkan beberapa faktor seperti penggunaan mesin yang baru, kemahiran pekerja yang berbeza atau perubahan rekabentuk mengikut peredaran semasa yang memerlukan pembaharuan dalam kaedah dan cara proses dilakukan.

Oleh yang demikian, revision atau semakan sesuatu SOP perlu sentiasa dikaji-selidik untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah dalam proses pembuatan. Peranan pegawai atau jabatan yang dilantik perlu peka apabila pihak daripada bahagian pembuatan membuat aduan atau daripada analisis data yang diperolehi daripada bahagian Kawalan Kualiti dan sebagainya. Namu apa yang penting sekali adalah SOP hendaklah diwujudkan terlebih dahulu (sekiranya tiada) bagi membolehkan benchmark atau penanda aras dalam sesuatu semakan SOP dapat dilakukan.

Machine

Machine bermaksud mesin, alat, perkakasan atau mana-mana jentera yang digunakan dalam proses pembuatan. Dalam mengesan masalah proses pembuatan, peranan mesin amatlah penting supaya dalam keadaan terbaik dan perlu dipertingkatan kualitinya. Pembaikian sesebuah mesin dilakukan dalam dua peringkat iaitu breakdown maintenance (BM) dan periodical maintenance (PM).

BM bermaksud pembaikian mesin apabila berlakunya kerosakan. Manakala PM bermaksud pembaikian mesin secara berkala dan dalam tempoh yang ditetapan. Kerja-kerja PM tidak akan menganggu tahap produktiviti sesebuah proses pengeluaran kerana ianya dilakukan di luar waktu proses pembuatan. Namun BM akan menganggu proses pembuatan kerana berlakunya kerosakan mesin di luar kawalan dan tidak menentu berapa tempoh yang diperlukan untuk kerja-kerja pembaikian.

Adalah penting sesebuah syarikat meningkatkan keupayaan mesinnya sekiranya berpeluang dan meningkatkan teknologi yang ada bagi mengurangkan risiko ketiadaan alat ganti mesin yang lama serta keupayaan mesin dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran. Seelok-eloknya, teknologi yang terkini perlu dikenal-pasti untuk mengurangkan kebergantungkan kepada sumber manusia dan mengubah cara pengeluaran dari cara konvensional kepada cara yang lebih sistematik atau robotic system.

PM atau penyenggaraan berkala seharusnya dijadualkan sepanjang tahun bagi mengelakkan kerosakan daripada berlaku. Ianya adalah langkah pencegahan awal bagi memastikan produktiviti tidak mengganggu proses pembuatan. Pengambilan juruteknik atau jurutera yang berpengalaman atau pakar yang kompeten dalam sesebuah syarikat amatlah diperlukan sekiranya syarikat bergantung kepada keperluan mesin 100% dalam penghasilan produk. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Man

Man bermaksud kategori sumber manusia, pekerja atau kakitangan dalam syarikat. Mana-mana syarikat akan menpunyai masalah dalam menguruskan sumber manusia yang mana boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :

  • Boleh dikawal – masalah disiplin, kemahiran, kawalan kualiti dsb
  • Tidak boleh dikawal – masalah bencana alam, pekerja bersara, sakit dsb

Antara perkara yang boleh dikawal adalah dari segi meningkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan berterusan, mengawal moral dan disiplin pekerja melalui penguatkuasaan peraturan / undang-undang syarikat serta meningkatkan motivasi pekerja menerusi pemberian insetif dan elaun tertentu sebagai galakan kepada pekerja. Peranan ini perlu dipikul bersama oleh semua jabatan bukan hanya tertumpu kepada satu pihak semata-mata. Keadaan syarikat yang terlalu menekan dan tegas juga akan memaksa suasana kerja kurang selesa akan memberi kesan kepada produktiviti sesuatu proses pengeluaran. Namun, keseimbangan antara kesejahteraan pekerja dan keperluan syarikat perlu ada bagi membolehkan “give and take” antara kedua-dua pihak dirasai bersama. Pekerja perlu memahami kehendak syarikat dan berikan yang terbaik serta syarikat akan memberikan ganjaran yang setimpal samada menerusi bonus tahunan atau anugerah pekerja cemerlang.

Berkenaan dengan perkara yang tidak boleh dikawal adalah ketidakhadiran pekerja disebabkan wabak penyakit, bencana alam adalah sesuatu perkara di luar jangkaan. Ini boleh mengakibatkan kerugian dan menjejaskan produktiviti pengeluaran proses. Walaupun demikian, mengurangkan kesan ini boleh difikirkan bersama seperti pengurusan sistem bencana, perancangan penggantian sumber manusia yang akan bersara melalui pengambilan pekerja baru atau menggunakan teknologi mesin dengan minima tenaga kerja.

Money

Kategori yang terakhir adalah money iaitu kos atau bebanan kewangan yang perlu ditanggung dalam sesuatu perkara. Dalam hal meningkatkan produktiviti, peruntukan amatlah diperlukan bagi semua tujuan di atas. Namun, ianya perlu selari dengan kos setiap proses pengeluaran agar tidak membebankan atau merugikan syarikat dalam jangka masa panjang. Seperti kata – kata hikmah yang penulis terkesan sehingga sekarang ada mengatakan ……

Gambar Hiasan : Tembok Besar China pun tidak dapat menahan kemaraan tentera asing menawan Dinasti China. Kredit kepada satupedang.blogspot atas gambar tersebut. Klik blog ini untuk sejarah Tembok Besar China.

Jangan membina satu lagi tembok besar Cina untuk dijadikan pagar rumah untuk diduduki.

Elakkan dalam pelaburan yang melampau tapi kesannya amat kecil dan tidak memberi faedah yang lumayan.

Dalam setiap masalah yang dihadapi, sekiranya panduan 4M ini diguna-pakai, nescaya masalah tersebut akan dapat diperbaiki dan diatasi dengan jelas. Anda pasti tidak akan sesat atau terumbang-ambing untuk mencari punca masalah tersebut dan ditambahi peranan setiap rakan sejawatan dan setiap lapisan pekerja samada operator, ketua bahagian atau tukang sapu sekalipun, produktiviti akan meningkat walaupun sedikit. Apa yang pasti penambahbaikan yang berterusan adalah motif dan matlamat utama sesebuah syarikat.

Pandangan ini adalah berasaskan kepada pengalaman penulis dalam industri pengurusan dan pengeluaran serta sedikit sebanyak ilmu untuk sama-sama dikongsi bersama.

Pautan lain yang menarik :

DIY Jalan-Jalan Jepun

Melancong ke Jepun tanpa sebarang panduan asas lebih-lebih lagi apabila halangan dalam komunikasi berbahasa Jepun memang cukup menakutkan dan merisaukan kepada mana-mana backpackers. Apatah lagi apabila bajet yang disediakan samada mencukupi atau tidak adalah satu bebanan di dalam kepala setiap backpackers yang ingin melancong ke Jepun. Mudah sahaja jika anda tahu caranya berdasarkan langkah di bawah. Penanda aras bagi melancong secara backpackers untuk panduan pada kali ini adalah :

  • Peringkat umur dewasa sahaja.
  • Tempoh selama 6 hari 5 malam (termasuk hari perjalanan pergi – balik) daripada Kuala Lumpur.
  • Tempat penginapan jenis bajet dan berkongsi tandas dan tempat mandi.
  • Hanya berada di satu lokasi sahaja.
  • Menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Perancangan Perjalanan

Tetapkan tarikh perjalanan pergi dan balik berdasarkan harga tiket daripada syarikat penerbangan. Purata harga tiket adalah dalam lingkungan RM1,500 – RM2,000 termasuk bagasi dan makan minum di dalam penerbangan pakej ekonomi. Penerbangan Air Asia atau Vietnam Airlines adalah pilihan utama bagi penulis pada masa ini. Pastikan tempahan tiket dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh perjalanan.

Tempahan Tempat Penginapan

Menempah hostel atau tempat penginapan. Selalunya aplikasi booking.com menjadi pilihan kepada penulis untuk membuat tempahan. Kad kredit amat diperlukan setiap tempahan hanya sebagai jaminan tempahan. Pembayaran dilakukan di hotel tersebut dalam bentuk tunai sahaja. Purata harga penginapan bergantung kepada jumlah hari. Sekiranya 6 hari 5 malam, harga penginapan sekitar RM500.

Makan Minum

Bajet untuk makan minum adalah sebanyak RM171 sehari untuk pagi, tengah hari dan malam. Maka, sebanyak RM1,026 diperuntukan untuk tempoh tersebut. Penulis menggunakan kadar purata pertukaran wang Yen 100 bersamaan RM3.80 Peruntukan makan minum adalah sebanyak Yen 1,500 untuk setiap kali makan. Nak bawa bekalan makanan sendiri, bagi penulis baik kita merasa makanan di sana kerana ianya pengalaman cukup berharga. Jika perlu bawa juga, cukuplah sekadar untuk mengalas perut semasa perjalanan pergi ke Jepun kerana selalunya makanan yang dijual di lapangan terbang lagi mahal dan susah nak cari pilihan yang halal.

Pengangkutan Awam

Ini bergantung kepada tempat yang ingin dituju, lapangan terbang samada di Osaka, Nagoya, Haneda, Tokyo atau Sapporo dan kawasan lawatan seperti Disneysea, Disneyland atau USJ Osaka. Di sini penulis menperuntukkan sebanyak RM1,140.00 (Yen 30,000) untuk tempoh tersebut hanya untuk kos pengangkutan sahaja. Sekiranya anda memilih untuk menaiki keretapi laju atau bullet train / shinkasen, bersedialah dengan bajet yang lebih tinggi. Anggaran harga perjalanan pergi balik antara Nagoya – Tokyo adalah RM600++ !!!

10% Peruntukan Kecemasan

Peruntukan kecemasan juga perlu disediakan sebagai “back up” sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi. Selalunya penulis akan sediakan 10% daripada jumlah keseluruhan tadi. Mengikut pengalaman penulis melakukan pakej perlancongan ala-ala backpackers, selalunya peruntukan kecemasan ini akan diguna untuk tujuan makan minum dan pengangkutan awam. Terlebih bajet apabila terlalu teruja.

Jumlah Keseluruhan

  • Tiket Penerbangan Pergi – Balik RM2,000.00
  • Tempat Menginap Hostel atau rumah tumpangan RM500.00
  • Makan Minum RM1,026.00
  • Pengangkutan Awam RM1,140.00
  • Back up 10% untuk kecemasan RM466.60

Memerlukan RM5,000 ~ RM5,500 diperlukan untuk jalan-jalan ke Jepun secara backpackers sahaja selama 6 hari 5 malam.

Anggaran yang diperlukan untuk 6 hari 5 malam adalah RM5,132.60 . Perlancongan ke Jepun memang memerlukan wang yang banyak disebabkan kos yang tinggi dan mata wang Yen yang melonjak naik dari masa ke semasa. Ini belum lagi termasuk nak beli sebarang cenderahati atau ole-ole, hanya pergi untuk window shopping sahaja. Namun, jika anda pandai menyusun pelan dan perancangan, mungkin kos tersebut lagi murah.

Klik di sini untuk melihat video ringkas perjalanan kami di Nagoya – Takayama pada tahun 2017 yang lalu.

Pautan Berkaitan Dengan Perlancongan Ke Jepun

Masalah Takut Nak Jadi Kaya?

Dalam sedar tak sedar, semua orang mahu nak kaya. Tapi ramai yang takut untuk mencuba dan untuk ada keinginan tersebut. Tiada apa-apa masalah pun jika keinginan nak kaya. Kaya di sini boleh merangkumi pelbagai maksud iaitu BERJAYA. Tiga tanda-tanda yang takut nak jadi kaya adalah :

  • Usahawan yang menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. Ada peluang tetapi takut nak kembangkan. “Cukup makan dah okay. Dah rezeki macam tuh.” Kenapa macam ini? Ianya salah satu petanda takut nak jadi kaya.
  • Bekerja keras untuk pastikan banyak dapat duit. Dan anda memang banyak dapat duit. Tapi apabila hujung bulan, tiada rizab untuk simpanan. Ada sahaja sebab nak belanjakan duit tersebut. Berbelanja tidak mengikut keperluan yang patut.
  • Mahu nak kaya tapi rasakan masih belum tak sempurna, belum masa sesuai dan pelbagai alasan diberi. Bila mahu perancangan sempurna? Sampai bila-bila kita tidak akan tahu. Belum cuba belum tahu.

Salah satu penyebab adalah anda rasa selesa dalam keadaan hidup semasa. Tapi apabila anda terhimpit atau tertekan, anda masih lagi mengikut dengan cara yang lama. Tukar cara hidup anda. Cuba cara yang lebih bagus dan berani mencuba. Penambahbaikan yang berterusan adalah yang terbaik walaupun sedikit atau dikenali sebagai kaizen (ζ”Ήε–„) dalam bahasa Jepun.

Jangan sama sekali takut gagal. Dalam psikologi manusia, apabila sesorang semakin berjaya, manusia tersebut semakin takut akan kegagalan. Jangan sama sekali berfikir begitu. Jangan jadikan ketakutan tersebut sebagai penghalang dan benteng untuk terus makin kaya.

Gambar Hiasan – Nagoya Twin Tower Japan, antara ikon bangunan di bandaraya Nagoya. Menjulang tinggi sebuah menara diasaskan pada kesungguhan pekerjanya untuk membina sesuatu di luar jangkaan manusia. Tiada keinginan, tidak akan berlaku perlakuan seseorang manusia.

Masyarakat tempatan terutamanya orang Melayu asyik diajar “jika kaya pun, duit tak akan masuk dalam kubur.” Maka, kita semakin takut nak jadi kaya. Ini menpengaruhi pemikiran kita sebab asyik dimomokkan dengan ungkapan ini. Jika anda gunakan kekayaan untuk membuat kebaikan, maka anda mendapat kelebihan dalam membuat pahala. Bukan kah begitu? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Sebaik-baik harta yang dimiliki adalah demi membantu agama serta digunakan ke jalan yang betul.

Agama tidak pernah menghalang seseorang menjadi kaya. Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu kepada Tuhan seolah-olah kamu akan mati keesokan hari.

Sebagai penutup, hayatilah firman Allah SWT ini:

β€œ Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia sudah sediakan daripada amal-amalnya untuk hari esok ( hari qiamat ). Dan ( sekali lagi diingatkan ) bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.”

( Surah al-Hasyr: 18 )

Tips ini adalah daripada Irfan Khairi dan sedikit kupasan daripada penulis untuk dikongsi bersama. Semoga bermanafaat kepada semua.

Jika anda ada pandangan, sila kongsikan di ruangan komen.

Info Ringkas Negara Jepun

Jepun【ζ—₯ζœ¬ε›½γ€‘, sebuah negara yang tidak asing di mata dunia. Kenapa ianya begitu menarik terutamanya rakyat Malaysia? Salah satu sebab adalah keindahan alam semulajadinya dan pengaruh Jepun di Malaysia dari pelbagai sudut seperti Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh kerajaan, program televisyen seperti anime, kartun dan drama.

Lonjakan pelancong daripada Malaysia ke Jepun memang cukup-cukup tinggi terutamanya apabila penerbangan tambang murah Air Asia X diperkenalkan pada tahun 2010 dan setelah kerajaan Jepun menperkenalkan kemudahan visa on the board secara automatik kepada rakyat Malaysia bermula tahun 2013. Dengan kemampuan rakyat Malaysia yang makin lama makin meningkat, ramai yang ingin merasai secara lebih dekat dengan negara Jepun yang dikenali pelbagai gelaran seperti Negara Matahari Terbit, negeri Sakura, tempat ninja bertempur dan ada juga menggelarkannya negara penuh pertempuran antara raksasa dan ultraman atau Godzilla.

Izanami and Izanagi
β€œ They say Japan was made by a sword. They say the old gods dipped a coral blade into the ocean, and when they pulled it out four perfect drops fell back into the sea, and those drops became the islands of Japan.”

Opening Script of The Last Samurai 2003 Film

Jepun adalah sebuah negara kepulauan Β di Lautan Pasifik dengan kepadatan tinggi penduduk di bandar, dikelilingi dengan istana empayar, taman negara pergunungan dan beribu-ribu tempat-tempat suci dan kuil. Tokyo, ibu negara, terkenal dengan bangunan pencakar langit neon dan budaya pop dengan jumlah penduduk sebanyak 127.3 juta penduduk berdasarkan data bank dunia pada tahun 2013. Sebaliknya, Kyoto pula menawarkan kuil-kuil Buddha, Shinto, taman-taman dan bunga sakura. Sushi, hidangan tempatan, dihidangkan di mana-mana tempat dari pub kasual hinggalah ke Β restoran biasa. Makanan halal, kenalah pandai memilih restoran atau menu yang mesra Muslim.

Bandar Lama Di Takayama Gifu

Berdasarkan bahasa Melayu lama, nama negara Jepun berasal daripada “Jepang” (yang kini diterapkan dalam bahasa Indonesia) dipinjamkan daripada loghat bahasa Cina. Nama Jepun di dalam bahasa Melayu kini mungkin berasal daripada loghat bahasa Hokkien iaitu “Jit-pun”. Populasi asal rakyat Jepun terdiri hampir 99% berbangsa Jepun (kecualidi Hokaido ada suku kaum Ainu) dan yang tidak bercampur dengan mana-mana bangsa lain sepertimana di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, agama dan bahasa. 

Rakyat Jepun rata-ratanya mengakui tidak memeluk apa-apa kepercayaan dan agama kerana hampir keseluruhannya tidak beragama secara rasminya pada masa kini. Walaupun ada segelintir rakyatnya benar-benar mengamalkan agama Kristian dan sedikit bilangannya pada agama Islam pada hari ini, amalan dalam agama Buddha – Shito masih diamalkan semata-mata hanya sebagai adat budaya. Tidak hairan sekiranya rakyat Jepun melakukan ritual agama Kristian dalam perkahwinan tetapi mengamalkan upacara pengebumian mayat dalam agama Buddha, dan juga meraikan perayaan-perayaan tertentu seperti Tahun Baru di kuil-kuil Shito sebagai meminta restu dan rahmat daripada semangat roh dan dewa yang dipercayai wujud di persekitaran mereka.

Sekiranya anda berpeluang ke Jepun, pastikan etika dan moral perlu anda jaga dan patuhi selaku anda sebagai duta kecil Malaysia di Jepun. Antara peraturan dan moral yang perlu anda perhatikan ialah :

  • Tawar – menawar harga semasa membeli bukan menjadi amalan kebiasaan di Jepun. Sekiranya anda membuat tawaran tawar – menawar sehingga ke harga yang diberi oleh penjual, pastikan anda membelinya. 
  • Meninggalkan bilik hotel dalam keadaan bersepah dan tidak kemas. Masyarakat Jepun amat menitikberatkan “Do It Yourself” hinggakan bilik hotel ditinggalkan dalam keadaan teratur apabila daftar keluar bilik. 
  • Mengambil gambar tanpa kebenaran individu seperti mengambil gambar budak-budak Jepun. Ini membolehkan anda didakwa oleh pihak berkuasa sekiranya tertangkap. Di Kyoto, ada tempat tidak dibenarkan mengambil gambar geisha kerana ianya mengganggu privasi geisha tersebut. Peraturan ditampal dalam pelbagai bahasa untuk infomasi kepada pelancong.
Berswafoto tiada masalah, jangan suka-suka ambil gambar orang Jepun tanpa kebenaran udah lah.
  • Menghisap rokok di tempat awam. Ruangan khas menghisap rokok disediakan dan pastikan anda mematuhi. Saman atau kompaun tidaklah dikeluarkan oleh penguatkuasa di sini sepertimana di Malaysia, tapi jika nasib tidak baik kena tegur oleh polis tempatan terus di sini.
  • Membuang sampah di merata tempat dan tidak mengasingkannya mengikut kategori iaitu plastik, tin, botol dan kertas. Hendaklah 100% dipatuhi kerana majlis tempatan tidak akan memungut sampah yang bercampur dan ini menyebabkan tuan rumah terpaksa mengasingkannya kembali.
  • Bercakap dengan nada kuat semasa berada di restoran, di dalam keretapi, bas dan juga tempat awam. Masyarakat Jepun amat tidak suka mereka yang membuat bising terutamanya di dalam keretapi. Banyak pelancong Malaysia bercakap dengan nada kuat kerana terlalu “excited” apabila di tempat asing. 
  • Karpet bilik solat basah selepas mengambil wuduk walaupun sudah disediakan tempat lap kaki. Ruangan bilik di Jepun amat sempit maka, perkara mengambil wuduk tidak akan sama sepertimana di Malaysia. Perlu berhati-hati dan ambil wuduk dengan tenang serta tidak memercikkan air. 
  • Masukkan kaki ke dalam sinki semasa mengambil wuduk. Perkara ini sering terjadi apabila sukar mencari tempat yang sesuai. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan botol air mineral amatlah sesuai apabila membasuh kaki.

Penulis bersama rakan-rakan semasa melancong sekitar bandaraya Nagoya Jepun pada tahun 2017, yang merupakan bandaraya keempat terbesar di Jepun. Terletak di tengah-tengah kepulauan Honshu di antara Osaka dan Tokyo. Ianya bandar startegik untuk ke bahagian utara, barat atau timur Jepun dengan menggunakan kemudahan pengangkutan keretapi laju.

Terdapat beberapa pakej disediakan kepada mana-mana pelancong Malaysia yang berminat melancong ke sini. Klik di laman sesawang ini.

Selamat membaca info ringkas berkenaan Jepun. Nantikan bab seterusnya berkenaan dengan Jepun, sebuah negara yang penuh dengan rahsia yang belum anda ketahui.

Pautan yang menarik :

Maklum Balas Pelanggan KHN Sepanjang Tahun 2018

Maklumbalas Pelanggan Melalui Facebook

  • Syuhada Salim
    • Alhamdulillah selesai percutian kami di awal cuti sekolah haritu. Lagi pengalaman baru utk kami & anak2. Untuk budak2 ni kira 1st time lah keluaq Malaysia selepas 2 tahun balik dr Qatar. Nak naik kapai terbang sangat kan πŸ˜‚
  • Shahriza Shahari
    • Nak naik bas, atau nak naik private transport, or nak naik public je nak jimat kos pon diaorang boleh suit kan dengan kehendak uols. Susah2 pikir, bagi mereka ni pikir. Mereka pakar!
  • Noor Azlan Abdul Manan
    • Solat kami terjaga di sepanjang kembara kami. Makan minum kami dititikberatkan di sepanjang tempoh kami bermusafir. Jadual perjalanan yang sangat boleh diterimapakai oleh kami sekeluarga.
  • Idham Syafiq
    • Sangat disyorkan KHN ini kerana pengurusan yg cekap dan mesra muslim.Selain daripada pengendali KHN fasih berbahasa jepun dan tahu selok belok jepun,pengendali KHN juga mementingkan keselesaan dan kemudahan aktiviti pelanggannya seperti kami ketika melancong ke jepun.Makanan halal,tempat solat,beli barang2 jepun menjadi mudah kerana KHN tlh mengatur jadual tersebut dengan sistematik sekali.Saya berikan 5 star kerana amat berpuas hati akan khidmat yg diberikan oleh pihak KHN, yg peramah dan mahir berbahasa jepun.
  • Aizuddin Rizal Ramli
    • Ini adalah pengalaman pertama kami bercuti ke negara Jepun dan Tokyo adalah destinasi kedua kami setelah Osaka. Seperti yang di harapkan, KHN byk memudahkan perjalanan percutian kami di Tokyo. Walau bagaimanapun pengalaman berjalan2 di Osaka tanpa guide membawa pengalaman tersendiri utk kami sekeluarga. KHN juga bertungkus lumus merealisasikan antara kehendak utama kami dlm percutian di Tokyo iaitu berjumpa dgn kawan lama semasa di sekolah menengah dan menyaksikan persembahan ninja yang pada mulanya dirancang untuk melawati Edo Wonderland.

Maklum Balas Pelanggan Melalui Whatsapp

Ini adalah antara maklum balas yang kami terima daripada pelanggan. Banyak lagi untuk kami kongsikan sepanjang KHN telah bertapak selama 5 tahun di Malaysia. Pengalaman kami belajar, bekerja dan tinggal di Jepun ingin kami sama-sama kongsikan bersama anda.

Wow!!! Tunggu apa lagi, tinggalkan maklumat anda menerusi e-mail safranabadi@gmail.com atau http://www.wasap.my/60126875179 untuk keterangan lanjut menerusi agen kami, En. Zuhairi.

  • Nama untuk dihubungi
  • No. telefon untuk dihubungi
  • Tempat di Jepun untuk dilawati (Sapporo, Tokyo, Nagoya, Osaka, Kyoto dll)
  • Bilangan peserta
  • Tarikh dan tempoh lawatan
  • Pakej yang ingin disertai

Jom bersama kami kembara ke Jepun tanpa batasan dan masa. Kita sembang dan bincang sampai jadi !!!

# Kembara Jepun Bersama Halal & Selesa #

Pakej Perlancongan Kembara Ke Negara Matahari Terbit

Kembara Halal Nippon Bagi Tahun 2020

Tahun 2020, Kembara Halal Nippon (KHN) menawarkan pelbagai pilihan pakej lawatan ke Jepun meliputi Hokkaido, Tokyo atau Kansai. Jom, buat pilihan anda bersesuaian dengan citarasa samada ingin merasai suasana salji, kesibukan bandaraya metropolitan Tokyo atau bandar purba sekitar Kyoto – Nara berdekatan dengan Osaka.

1. HOKKAIDO ALL SEASON (GROUND ONLY)

πŸ“Œ Harga Pakej : RM2,999/pax

  • 6D5N
  • 4 days by private transport
  • 1 day by public transport
  • Meals : ❌
  • Minimum : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less than 12 pax = RM 3,499/pax

2. KANSAI ALL SEASON (GROUND ONLY)

πŸ“Œ Type 1 – Harga Pakej : RM1,999/pax

  • 5D4N
  • 3 days by public transport
  • 2 days by private transport
  • Meals : ❌
  • Minimum : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less than 12 pax = RM 2,499/pax

πŸ“Œ Type 2 – Harga Pakej : RM2,499/pax

  • 5D4N
  • 2 days by public transport
  • 3 days by private transport
  • Mount Rokko Ropeway (Tour & sightseeing) βœ…
  • Meals : ❌
  • Minimum : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less then 12 pax = RM 2,999/pax

πŸ“Œ Type 3 – Harga Pakej : RM2,999/pax

  • 6D5N
  • 3 days by public transport
  • 3 days by private transport
  • Mount Rokko Ropeway (Tour & sightseeing): βœ…
  • Meals : ❌
  • Minimum : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less then 12 pax = RM 3,499/pax

3. TOKYO ALL SEASON (GROUND ONLY)

πŸ“Œ Type 1 – Harga Pakej : RM1,999/pax

  • 5D4N
  • 3 days by public transport
  • 2 days by private transport
  • Mount Fuji Tour : ❌
  • Meals : ❌
  • Minimum : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less than 12 pax = RM2,499/pax

πŸ“Œ Type 2 – Harga Pakej : RM2,499/pax

  • 5D4N
  • 2 days by public transport
  • 3 days by private transport
  • Mount Fuji Tour : βœ…
  • Meals : ❌
  • Minimum : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less than 12 pax = RM2,999/pax

πŸ“Œ Type 3 – Harga Pakej : RM2,999/pax

  • 6D5N
  • 3 days by public transport
  • 3 days by private transport
  • Mount Fuji Tour : βœ…
  • Meals : ❌
  • Minimun : 12 pax
  • Admission fee : βœ…
  • Less than 12 pax = RM3,499/pax

Wow!!! Tunggu apa lagi, tinggalkan maklumat anda menerusi e-mail safranabadi@gmail.com atau http://www.wasap.my/60126875179 untuk keterangan lanjut menerusi agen kami, En. Zuhairi.

  • Nama untuk dihubungi
  • No. telefon untuk dihubungi
  • Tempat di Jepun untuk dilawati (Sapporo, Tokyo, Nagoya, Osaka, Kyoto dll)
  • Bilangan peserta
  • Tarikh dan tempoh lawatan
  • Pakej yang ingin disertai

Jom bersama kami kembara ke Jepun tanpa batasan dan masa. Kita sembang dan bincang sampai jadi !!! Dapatkan komen dan maklumbalas pelanggan kami di pautan laman sesawang ini.

# Kembara Jepun Bersama Halal & Selesa #

Design a site like this with WordPress.com
Get started