Rohm Wako : Peluang Praktikal dan Kerja Kosong

A. Praktikal, Cara Memohon?

Pelajar praktikal hendaklah menghubungi terus kepada Bahagian Sumber Manusia bertanyakan tentang samada pengambilan pelajar praktikal masih dibuka atau tidak kerana ianya bergantung kepada penerimaan atau kekosongan yang ada di setiap Bahagian di Proses. Dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan praktikal di sini ialah :

  1. Resume Peribadi
  2. Surat rasmi permohonan kolej / universiti
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan pengesahan pelajar
Pastikan selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan telah menghantar maklumat dan dokumen yang diberikan, pelajar praktikal hendaklah mengambil tindakan susulan dengan bertanyakan khabar status penerimaan anda selepas satu (1) minggu. Sekiranya pengesahan telah diterima, tahniah diucapkan.

B. Kerjaya, Cara Memohon?

Sama seperti cara memohon melakukan praktikal cuma anda perlu sertakan dokumen lengkap berserta jawatan yang ingin dipohon melalui resume. Pastikan salinan sijil berkaitan terutamanya salinan kad pengenalan dan surat beranak disertakan dalam dokumen tersebut. Pengambilan pekerja adalah bergantung kepada tawaran kosong yang ada.

Jawatan yang ditawarkan mengikut keutamaan semasa adalah operator pengeluaran, juruteknik, jurutera, pegawai tadbir, akauntan dan mana-mana keperluan dari masa ke semasa.

Permohonan kerja kosong di kilang Rohm Wako selalunya melebihi dengan kuantiti tawaran kosong yang ada. Maka tidak hairanlah sekiranya yang mendapat panggilan temuduga adalah mereka yang benar-benar bertuah. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Berikut adalah asas dokumen yang diperlukan.

  1. Resume Peribadi
  2. Surat rasmi memohon jawatan kosong
  3. Salinan sijil akademik dan ko-kurikulum
  4. Salinan Kad Pengenalan
  5. Salinan Surat Beranak

Dokumen – dokumen untuk praktikal atau kerja kosong boleh diberikan kepada pondok pengawal di pintu utama kilang, penghantaran melalui pos atau e-mail secara format PDF ke alamat yang diberikan.
📡 Maklumat Asas ROHM WAKO:

  1. Saiz tenaga manusia dalam lingkungan 2,000 pekerja
  2. Kod pemakaian adalah beruniform
  3. Kemudahan elaun makanan, perubatan, kedatangan dan parkir.
  4. Bahasa pengantar bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.
  5. Waktu bekerja bagi syif normal adalah daripada hari Isnin – Jumaat.
  6. Waktu bekerja bagi syif lain adalah 24 jam kecuali hari kelepasan am utama.
  7. Lokasi kilang adalah di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II.
  8. Produk yang dikeluarkan adalah semikonduktor seperti diod, LED dsb.

📮 Alamat Surat-Menyurat :
ROHM WAKO Electronis (M) Sdn Bhd
Lot 1320, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II
16100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
E-mail : pers@adm.rohmmalay.com

Hubungi Bahagian Sumber Manusia di no. telefon 09-774 1500 untuk pertanyaan lanjut.

Link yang berkaitan adalah di Ex-Rohm Wako Page, sebuah page berkongsi maklumat berkenaan dengan kerja-kerja kosong dan umumnya berkenaan kilang Rohm Wako di Pengkalan Chepa. Ingat, page ini bukannya official page bagi syarikat ini.

Published by ©2019 pokju79

Graduated from Nagoya Institute of Technology Japan in Bachelor of Mechanical Engineering. Interest in travelling, cycling, biking and also try something new in writing.

3 thoughts on “Rohm Wako : Peluang Praktikal dan Kerja Kosong

  1. saya nak minta kerja kat rohm wako , tapi sebagai pekerja kilang .. saya memerlukan kerja untuk membantu ibubapa saya.

    Like

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started