Jepun【日本国】, sebuah negara yang tidak asing di mata dunia. Kenapa ianya begitu menarik terutamanya rakyat Malaysia? Salah satu sebab adalah keindahan alam semulajadinya dan pengaruh Jepun di Malaysia dari pelbagai sudut seperti Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh kerajaan, program televisyen seperti anime, kartun dan drama.
Lonjakan pelancong daripada Malaysia ke Jepun memang cukup-cukup tinggi terutamanya apabila penerbangan tambang murah Air Asia X diperkenalkan pada tahun 2010 dan setelah kerajaan Jepun menperkenalkan kemudahan visa on the board secara automatik kepada rakyat Malaysia bermula tahun 2013. Dengan kemampuan rakyat Malaysia yang makin lama makin meningkat, ramai yang ingin merasai secara lebih dekat dengan negara Jepun yang dikenali pelbagai gelaran seperti Negara Matahari Terbit, negeri Sakura, tempat ninja bertempur dan ada juga menggelarkannya negara penuh pertempuran antara raksasa dan ultraman atau Godzilla.
Izanami and Izanagi
Opening Script of The Last Samurai 2003 Film
“ They say Japan was made by a sword. They say the old gods dipped a coral blade into the ocean, and when they pulled it out four perfect drops fell back into the sea, and those drops became the islands of Japan.”
Jepun adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik dengan kepadatan tinggi penduduk di bandar, dikelilingi dengan istana empayar, taman negara pergunungan dan beribu-ribu tempat-tempat suci dan kuil. Tokyo, ibu negara, terkenal dengan bangunan pencakar langit neon dan budaya pop dengan jumlah penduduk sebanyak 127.3 juta penduduk berdasarkan data bank dunia pada tahun 2013. Sebaliknya, Kyoto pula menawarkan kuil-kuil Buddha, Shinto, taman-taman dan bunga sakura. Sushi, hidangan tempatan, dihidangkan di mana-mana tempat dari pub kasual hinggalah ke restoran biasa. Makanan halal, kenalah pandai memilih restoran atau menu yang mesra Muslim.

Berdasarkan bahasa Melayu lama, nama negara Jepun berasal daripada “Jepang” (yang kini diterapkan dalam bahasa Indonesia) dipinjamkan daripada loghat bahasa Cina. Nama Jepun di dalam bahasa Melayu kini mungkin berasal daripada loghat bahasa Hokkien iaitu “Jit-pun”. Populasi asal rakyat Jepun terdiri hampir 99% berbangsa Jepun (kecualidi Hokaido ada suku kaum Ainu) dan yang tidak bercampur dengan mana-mana bangsa lain sepertimana di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, agama dan bahasa.
Rakyat Jepun rata-ratanya mengakui tidak memeluk apa-apa kepercayaan dan agama kerana hampir keseluruhannya tidak beragama secara rasminya pada masa kini. Walaupun ada segelintir rakyatnya benar-benar mengamalkan agama Kristian dan sedikit bilangannya pada agama Islam pada hari ini, amalan dalam agama Buddha – Shito masih diamalkan semata-mata hanya sebagai adat budaya. Tidak hairan sekiranya rakyat Jepun melakukan ritual agama Kristian dalam perkahwinan tetapi mengamalkan upacara pengebumian mayat dalam agama Buddha, dan juga meraikan perayaan-perayaan tertentu seperti Tahun Baru di kuil-kuil Shito sebagai meminta restu dan rahmat daripada semangat roh dan dewa yang dipercayai wujud di persekitaran mereka.
Sekiranya anda berpeluang ke Jepun, pastikan etika dan moral perlu anda jaga dan patuhi selaku anda sebagai duta kecil Malaysia di Jepun. Antara peraturan dan moral yang perlu anda perhatikan ialah :
- Tawar – menawar harga semasa membeli bukan menjadi amalan kebiasaan di Jepun. Sekiranya anda membuat tawaran tawar – menawar sehingga ke harga yang diberi oleh penjual, pastikan anda membelinya.
- Meninggalkan bilik hotel dalam keadaan bersepah dan tidak kemas. Masyarakat Jepun amat menitikberatkan “Do It Yourself” hinggakan bilik hotel ditinggalkan dalam keadaan teratur apabila daftar keluar bilik.
- Mengambil gambar tanpa kebenaran individu seperti mengambil gambar budak-budak Jepun. Ini membolehkan anda didakwa oleh pihak berkuasa sekiranya tertangkap. Di Kyoto, ada tempat tidak dibenarkan mengambil gambar geisha kerana ianya mengganggu privasi geisha tersebut. Peraturan ditampal dalam pelbagai bahasa untuk infomasi kepada pelancong.

- Menghisap rokok di tempat awam. Ruangan khas menghisap rokok disediakan dan pastikan anda mematuhi. Saman atau kompaun tidaklah dikeluarkan oleh penguatkuasa di sini sepertimana di Malaysia, tapi jika nasib tidak baik kena tegur oleh polis tempatan terus di sini.
- Membuang sampah di merata tempat dan tidak mengasingkannya mengikut kategori iaitu plastik, tin, botol dan kertas. Hendaklah 100% dipatuhi kerana majlis tempatan tidak akan memungut sampah yang bercampur dan ini menyebabkan tuan rumah terpaksa mengasingkannya kembali.
- Bercakap dengan nada kuat semasa berada di restoran, di dalam keretapi, bas dan juga tempat awam. Masyarakat Jepun amat tidak suka mereka yang membuat bising terutamanya di dalam keretapi. Banyak pelancong Malaysia bercakap dengan nada kuat kerana terlalu “excited” apabila di tempat asing.
- Karpet bilik solat basah selepas mengambil wuduk walaupun sudah disediakan tempat lap kaki. Ruangan bilik di Jepun amat sempit maka, perkara mengambil wuduk tidak akan sama sepertimana di Malaysia. Perlu berhati-hati dan ambil wuduk dengan tenang serta tidak memercikkan air.
- Masukkan kaki ke dalam sinki semasa mengambil wuduk. Perkara ini sering terjadi apabila sukar mencari tempat yang sesuai. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan botol air mineral amatlah sesuai apabila membasuh kaki.

Penulis bersama rakan-rakan semasa melancong sekitar bandaraya Nagoya Jepun pada tahun 2017, yang merupakan bandaraya keempat terbesar di Jepun. Terletak di tengah-tengah kepulauan Honshu di antara Osaka dan Tokyo. Ianya bandar startegik untuk ke bahagian utara, barat atau timur Jepun dengan menggunakan kemudahan pengangkutan keretapi laju.
Terdapat beberapa pakej disediakan kepada mana-mana pelancong Malaysia yang berminat melancong ke sini. Klik di laman sesawang ini.
Selamat membaca info ringkas berkenaan Jepun. Nantikan bab seterusnya berkenaan dengan Jepun, sebuah negara yang penuh dengan rahsia yang belum anda ketahui.
Pautan yang menarik :





Nice info
LikeLike
Hai pokju.. Keep sharing more info on travel log 🙏 Ganbatte 👍
LikeLike