توليسن جاوي واريثن بهاس ملايو

هاڠت دڤركاتاكن دالم لامن سوسيال يڠ ڤرسوالكن تنتڠ اڤ ڤنتيڠ ڽ توليسن جاوي. كناڤ راماي ساڠت ريساو اڤابيلا هندق دأجر تنتڠ توليسن اين؟ اياڽ هاڽ توليسن مڠڬوناكن حروف عرب دان تمبهن سباهاڬين حروف اونتوق دڬونا دالم بهاس ملايوسهاج .توليسن جاوي دتوليس درڤد سبله كانن ك سبله كيري سام دڠن توليسن عرب. سبوتنڽ ساڠت موده دان سام دڠن توليسن رومي. اڤ يڠ نمڤق روميت اڤابيلا حروف ٢ عرب ڤرلو دسمبوڠ مڠيكوت تاتاچاراڽ ترسنديري

جاڠن ريساو، توليسن جاوي تيدق اكن مڠنچم ڤرڤادوان انتارا قوم د مليسيا. اياڽ هاڽ اونتوق ممستيكن سموا رعيت مليسيا تاهو بهاوا توليسن جاوي سباهاڬين درڤد بهاس ملايو سلاكو بهاس كبڠسأن. بلاجر توليسن جاوي تيدق اكن مڠڬوڬت اڬام سساورڠ كران اياڽ هاڽ واريثن درڤد بهاس ملايو. توليسن جاوي دڬنتيكن دڠن توليسن رومي اوليه ڤنجاجه اڤابيلا مريك سوسه اونتوق بلاجر توليسن يڠ بارو ايايت توليسن عرب. مك دڤركنلكن توليسن رومي اونتوق ڤڠڬوناان بهاس ملايو سلوروه نوسنتارا ترماسوق بروني، إندونيسيا دان سيڠاڤورا

سباڬاي اورڠ ملايو، كامي چوكوڤ بڠڬ اڤابيلا توليسن جاوي هندق دڤركاسكن اوليه كراجأن. نامون قوم-قوم لاين ڤرلو له حرمتي كڤوتوسن اين كران بهاس ملايو دان توليسن جاوي تيدق داڤت دڤيسهكن. سكوراڠ ٢ ڽ قوم لاين تاهو دان داڤت ممباچ توليسن جاوي والاوڤون تيدق داڤت منوليس سوده ممنداي. جاڠن هاڽ بندا كچيل دڤربسركن كران تنڤا تولق انسور تياد ڬونا دالم ڤمبنتوقن نڬارا. بڠسا ملايو سوده برتولق انسور دالم ڤمبرين كراقيتان كڤد بڠسا لاين سچارا جوس سولي. كامي هاڽ ماهوكن حق سباڬاي ڤندودوق اصل تانه ملايو دهرڬاي دان دحرمتي

كامي تيدق اكن مڠهالڠ قوم لاين بلاجر بهاس ايبوندا مريك، نامون واجب ك اتس مريك بلاجر بهاس اصل ڤندودوق تانه ملايو. حرمتي كامي دان كامي اكن تتڤ مڠحرمتي بڠسا لاين.سموڬ ڤرڤادوان انتارا بڠسا د مليسيا تتڤ تڬوه تنڤا اد ڽ باتو اڤي د كالڠن كيت. ملايو، چينا، اينديا دان لاين-لاين بڠسا هندقله برساتو د باوه ڤايوڠ يڠ سام د سمڤيڠ حق قوم مينوريتي تتڤ سام-سام دجاڬ.

ورقه دان كلوهن هاتي بڠسا ملايو
٣٠ هاريبولن ١٢ تاهون ٢٠١٩ مسيحي

日本語で書きたい日記は何?

日記12月28日(土曜日)

日本語は難しい言語ですか?僕は日本人じゃないです。そのよる日本語は全然下手です。単純な単語またはフレーズはまだ大丈夫ですが複雑と細かいことを書くとなかなかできないです。日本語で作文を書いて、だんだん自分の単語数量は増加すると思います。

僕は日本のことが大好きです。日本についてがあればすぐ気になっています。以前、日本で5年間に留学していましたので簡単な日本語を話せます。現在はずっと日本からの環境を離れているによる、日本語の能力は低下しています。やばい!超やばいです。どうすれがいいです。

もし、その作文を読める方がいるの場合は笑わないでね。僕の日本語スキルがひどすぎて、修正することが必要です。皆さんはその作文に理解できれば、それはすでに僕はうれしいいです。日本語のことは頑張れにアップします。自身を持ち、日本語の野力アップする目標を向っています。

それは来年の2020年の新年目標です(笑)!!!

Keputusan Peperiksaan Anak-Anak Tak Memberangsangkan, Ibu Bapa Jangan Tertekan

Pelbagai pandangan dilemparkan dan bercampur pelbagai reaksi apabila anak perolehi keputusan tidak memuaskan setiap kali peperiksaan. Wah, sakit otak nak memikirkan perkara ini apatah lagi anak-anak masih di bangku sekolah rendah. “Kenapa bodoh sangat? Kenapa tak pandai macam abang kau? Orang lain dapat nombor satu, kau dapat nombor berapa?”, reaksi ibu bapa kepada anak-anak. Kita orang dewasa yang dengar pun rasa tertekan apatah lagi anak-anak yang baru mula nak mengenali dunia luar.

Apabila ibu bapa cuba turut serta melihat soalan atau kerja sekolah yang anak-anak perlu lakukan setiap hari, sukatan dan tahap nak menjawab cukup-cukup mencabar minda ibu bapa sendiri. Nak capai negara maju laaaa….maka diperahkan otak pelajar dari sekolah rendah lagi dengan sukatan seperti sekolah menengah. Hebat pak-pak menteri sekarang berfikir di luar tempurung, mahu capai KPI ker? Lupakan yang tuh, sebab ianya polisi sedia ada sekarang. Lagi lama berceloteh dan mempertikaikan tentang dasar yang telah digarap dengan cemerlang dan terbilang ini, nanti akan dikatakan menderhaka kepada pemimpin yang terpimpin.

Apa yang ingin dikatakan di sini ialah keadaan sukatan pelajaran sekolah rendah amat tinggi dengan keupayaan untuk anak-anak berfikir. Mereka baru sahaja mahu mengenali dunia luar. “Depression” atau tekanan yang dialami oleh anak-anak hampir menyamai peringkat dewasa. Apatah lagi apabila ibu bapa turut serta memberi tekanan bertubi-tubi agar anak-anak menperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Waduh, ini baru sekolah rendah… tapi macam mana nak buat, keadaan persekitaran turut menyebabkan ibu bapa terpaksa bersikap sedemikian. Dalam facebook, penuh ditayangkan kejayaan anak mereka mendapat nombor satu dalam kelas. Wah…tertekan ibu bapa yang lain melihat kejayaan anak orang lain.

Ibu bapa perlu ingat, tidak kesemuanya yang cemerlang dalam peperiksaan akan cemerlang dalam kehidupan. Setiap anak-anak diberi kelebihan tersendiri. Cemerlang di atas kerta, tidak semestinya cemerlang dalam hidup berdikari dan sebagainya. Jangan terlalu didesak anak-anak kerana boleh menyebabkan anak-anak bertindak di luar kawalan.Lari dari rumah, menjadi samseng di sekolah dan ada juga kes bunuh diri kerana tertekan dengan desakan persekitaran samada di sekolah atau di rumah mereka sendiri. Kes-kes seperti ini bukannya berlaku di luar negara tapi di Malaysia. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan menyesal tak sudah.

Kurang cemerlang dalam akademik tidak bermakna mereka tidak cemerlang dalam bidang yang lain. Sebagai ibu bapa, bimbinglah anak-anak dan cari potensi mereka. Jangan bandingkan anak-anak kita dengan orang lain terutama adik beradik mereka sendiri. Jangan bezakan pencapaian anak-anak tapi raikan mereka dengan gaya yang yang tertentu bagi membolehkan mereka rasakan mereka telah berusaha sebaik mungkin.

Jangan kecewa kalau anak-anak tak naik pentas ambil anugerah untuk kecemerlangan akademik mereka. Raikan mereka di rumah itu dah mencukupi dan membahagiakan mereka. Ibu bapa, tenang-tenang ajerlah dalam masa yang sama pantau prestasi anak-anak kita.

Setiap anak Adam telah ditetapkan rezekinya apabila lahir di dunia. Insya Allah, jangan risau apa yang telah ditetapkan oleh Nya. Usahakan sebaik mungkin dan letakkan penyerahan kepada Ilahi kerana ada hikmah setiap apa yang terjadi.

Nukilan daripada ibu bapa.

Kurus tapi perut buncit

Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi. Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.

1. MINUM AIR LIMAU

Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan. Utusan Malaysia ada laporannya.

2. MINUM TEH HALIA

Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.

3. MAKAN IKAN SALMON

Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.

Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes.

Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

5. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM SEHARI

Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.

Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.

6. TINGKATKAN METABOLISME

Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?

Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.

Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.

Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.

Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.

7. GUNA 30 DAY AB CHALLENGE MOBILE APP

Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama.

Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!

Diharapkan ada di antara cara-cara di atas dapat membantu anda untuk kempiskan perut secara semulajadi dan hidup sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Jangan mudah give-up jika mahu kuruskan badan.

Selamat mencuba!

DUIT RAYA JUGA SATU UJIAN

“Adik, adik.. Jom kita gi beraya dengan Pak Long. Selalunya Pak Long bagi duit raya banyak tetiap tahun. Paling kurang dapat RM100 sorang” kedengaran anak-anak kecil berbincang sesama mereka tentang operasi mengutip duit raya.

“Terima kasih Pak Long. Bestnya tetiap kali raya, Pak Long mesti bagi duit raya besar. Kami suka la beraya ngan Pak Long” jerit mereka lagi.

Semua kaum family tahu, dalam banyak-banyak ahli keluarga, Pak Long antara yang paling berjaya. Doktor Pakar di KL, buka klinik sendiri. Kepulangannya ke kampung dinanti-nanti.

Pak Usu pon pon ramai peminat. Sejak bisnes dia makin maju, setiap kali balik raya, mesti berkereta baru. Angpau raya pon ada logo kompeni sendiri. Untuk anak buah, paling koman RM50 sorang dia kasi.

“Pak Usu, Pak Usu.. Nak salam.. Nak duit raya.. Nak duit raya” berkerumun anak-anak buah mengepung Pak Usu. Mereka tahu, Pak Usu tengah masyuk sekarang ni. Itulah Pak Usu kesayangan mereka.

Bila tiba turn nak beraya ngan Pak Ngah, anak-anak buah tak berapa nak minat. Diorang dah terbiasa ‘terkena’ . Tetiap tahun mesti bajet ciput. Tahun lepas dapat RM2 je sorang. Biasalah, orang kerja kampung ni, rezeki tak menentu.

“Lagi satu, bila dapat je sampul duit raya, cepat-cepat masuk poket. Jangan terus bukak dan tengok apa isi dalam. Tak baik tau. Bila balik rumah nanti, kita bukak dan kira sama-sama. Boleh?” Mak Ngah pula berpesan pada anaknya.

“Alaa..Lima Ringgit je Pak Ngah kasik?” kecoh budak-budak ni setiap kali bukak angpau dari Pak Ngah. Biasalah budak-budak, mana la diorang reti nak sorok rasa.

Pak Ngah hanya mampu tersengih-sengih. Sanak saudara memandang bucu mata, pasang telinga. Kedua-dua anak Pak Ngah yang baru berumur 7 tahun dan yang sulung 9 tahun hanya diam memerhati.

“Bila raya nanti, bersalaman kenalah ikhlas. Kalu orang kasi duit raya, ambil dan ucap terima kasih. Tapi kalu orang tak bagi, jangan pula meminta-minta. Ingat tu..” itu pesanan Pak Ngah kat anak-anaknya setiap kali pagi raya.

“Lagi satu, bila dapat je sampul duit raya, cepat-cepat masuk poket. Jangan terus bukak dan tengok apa isi dalam. Tak baik tau. Bila balik rumah nanti, kita bukak dan kira sama-sama. Boleh?” Mak Ngah pula berpesan pada anaknya.

Ini sketsa yang selalu kita dengar setiap kali balik beraya di kampung. Kadang-kadang kita sendiri sebagai orang dewasa, sering terlupa erti sebenar berhari raya.

Ada kalanya, kita terlalu memuja saudara mara yang bagi wang besar kepada anak-anak kita. Bangga bila ada yang mampu hulurkan RM50. Ini kerana dalam poket masih ada lebihan RM1000.

Tapi jangan pula kita memandang rendah kepada mereka yang hanya mampu hulurkan duit raya RM5 sahaja. Kerana kita tak tahu, mungkin dalam poket mereka, yang ada hanya RM10.

Jangan jadikan banyak atau sedikit pemberian duit raya sebagai kayu pengukur. Seolah-olah nilai itu menjadi ukuran keikhlasan hati. Didiklah anak kita tentang erti hari raya yang sebenarnya. Seperti mana kita dididik sejak dari kecil lagi.

Allah’ulam.

Coretan di pagi raya.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Dalam konteks bahasa “raya” bermaksud besar, utama, penting, makmur dan alam sejagat. Apabila digabungkan dengan perkataan lain seperti Jabatan Kerja Raya memberi maksud sebuah jabatan yang melakukan kerja-kerja besar, bandar raya bermaksud keluasan bandar yang besar dan utama. Maka apabila digabungkan antara hari + raya ianya memberi maksud hari kebesaran utama kepada masyarakat.

Hari Raya merujuk kepada perayaan utama dan jika digabungkan dengan puasa atau haji memberi maksud perayaan Aidilfitri atau pun Aidiladha kepada umat Islam.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga boleh dirujuk sebagai Hari Raya Puasa atau Hari Lebaran bagi konteks masyarakat Melayu di Malaysia. Dunia Islam yang lain akan merujuknya sebagai Eidul Fitr daripada bahasa Arab. Namun akhir-akhir ini masyarakat dunia sudah mula mengenali “Hari Raya” kepada perayaan kepada Eidul Fitri atau Eidul Adha memandangkan populasi umat Islam daripada rantau Nusantara menggunakan perkataan ini sebagai perayaan utama umat Islam.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia bermula 1 Syawal mengikut kalendar lunar Islam dan selalunya akan meriah berlanjutan selama tempoh sebulan. 1 Syawal ini akan sentaasa berganjak dari bulan ke bulan dalam tahun Masihi dan kitaran ini akan sentiasa berulangan penganjakannya dari Disember, November dan seterusnya ke Januari. Maka, perayaan ini akan sentiasa dirayakan mengikut musim yang berbeza dari tahun ke tahun di seluruh dunia kerana faktor perkiraan putaran bulan.

Masyarakat Melayu di Malaysia akan melakukan persiapan membuat biskut dan kuih muih untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Tidak hairanlah jika dikatakan pada hari raya nanti pelbagai jenis juadah tersedia untuk sambutan hari raya setelah sebulan umat Islam berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan. Kuih muih meliputi tradisi dan moden dihidangkan di setiap rumah bagi meraikan kedatangan tetamu.

Pada pagi raya, masyarakat Melayu Islam akan muka mengenakan pakaian yang terbaik untuk berkumpul di masjid dan surau menunaikan solat sunat Aidilfitri. Sebelum ke masjid, mereka hendaklah menjamah sedikit makanan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan sama sekali berpuasa pada hari pertama perayaan ini.

Kedatangan pagi Syawal ini walaupun sudah ditetapkan mengikut perkiraan kalendar lunar Islam, syarat utama melihat anak bulan perlu dilaksanakan. Sekiranya anak bulan kelihatan, maka kedatangan 1 Syawal akan berubah pada kiraan kalendar. Tetapi jika tidak kelihatan, perkiraan 1 Syawal berdasarkan kiraan kalendar Islam. Pengumuman hari raya akan diumumkan penguasa yang dilantik dan di Malaysia, majlis raja-raja Melayu akan mengumumkan hari lebaran ini.

Malaysia merupakan negara majoriti Islam terdekat dengan Jepun. Maka, selalunya minoriti Islam akan merujuk kepada Malaysia setiap tahun untuk mengetahui tarikh sambutan Syawal untuk pengesahan secara rasmi. Akhir-akhir ini, kerajaan Malaysia, Brunei, Indonesia dan juga Thailand bersetuju untuk menyeragamkan sambutan hari raya ini iaitu sekiranya salah satu negara dapat melihat kedatangan anak bulan Syawal, maka umat Islam di Nusantara akan menyambut perayaan 1 Syawal secara serentak.

Sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan anugerah Tuhan diberikan kepada penganutnya untuk meraikan kejayaan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan. Sambutlah hari raya dengan tidak berlebihan kerana keserdahanaan lebih disukai oleh Tuhan daripada membazir yang merugikan masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh umat Islam di dunia. Semoga ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan diterima dan dirahmati oleh Tuhan.

Eksport Sisa Plastik Ke Negara Lain Perlu Persetujuan

Sisa-sisa plastik adalah sisa buangan yang paling susah untuk dikitar semula sekiranya tidak dibersihkan dengan betul terutamanya jika terdapat kotoran lain yang melekat terhadap sisa plastik tersebut.

Persidangan antarabangsa ke-10 di Geneva, Switzerland telah menetapkan peraturan baru untuk perlupusan kotoran plastik ini. Jepun dan Norway mengusulkan peraturan yang lebih ketat bagi tujuan eksport sisa-sisa plastik ini.

Menurut peraturan baru, sekiranya tujuan eksport untuk kitar semula ke mana-mana luar daripada negara asal, negara penerima perlu dinyatakan persetujuan untuk “menerima sisa-sisa plastik” ini untuk dikitar semula di negaranya.

Sekiranya tiada persetujuan negara tersebut, sisa-sisa plastik tidak boleh dieksport ke negara tersebut dan ini akan menyukarkan kegiatan haram dan lepas tangan dari mana-mana penghasil buangan plastik negara asal untuk dilupuskan ke negara lain.

Peraturan ini berkuatkuasa bermula tahun 2021.

Kita Duk Tinggi Kerana…..

Pangkat dan kedudukan adalah lumrah dalam keinginan manusia di dunia ini. Pencapaian ini diperolehi dengan pelbagai cara dan kaedah dalam persaingan yang sengit. Ada dengan melalui kelebihan ilmu dan kepakaran masing-masing. Ada juga melalui pintu belakang menggunakan taktik halus dan licik.

Kedudukan yang diperolehi dengan cara yang betul merupakan kelebihan yang dilihat oleh manusia lain untuk membantu sesebuah organisasi atau masyarakat setempat. Individu yang berkedudukan ini dapat memberi manafaat yang berguna kepada mereka di sekeliling.

Kedudukan melalui jalan pintas hanya menyebabkan kerosakan dalam jangka masa panjang mahupun sekelip mata. Namun, apakah daya manusia suka sangat dengan puji-pujian dan imbuhan, memberi dengan mudah kedudukan ini kepada individu seperti ini.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

– Surah Al-Ankabut ayat 64

Maka, janganlah berlagak bak seperti burung bertenggek di atas kabel elektrik kerana berada tinggi daripada yang lain. Hanya mereka yang berilmu akan terus kekal di kedudukannya dan itu pun disebabkan anugerah yang diberikan oleh Ilahi kepada mereka.

Dunia ini hanya sementara, akhirat jua pengakhirannya. Kedudukan di mata manusia adalah pangkat tetapi kedudukan di mata Tuhan adalah imam dan taqwa.

Waallahualam.

Rohm Wako : Peluang Praktikal dan Kerja Kosong

A. Praktikal, Cara Memohon?

Pelajar praktikal hendaklah menghubungi terus kepada Bahagian Sumber Manusia bertanyakan tentang samada pengambilan pelajar praktikal masih dibuka atau tidak kerana ianya bergantung kepada penerimaan atau kekosongan yang ada di setiap Bahagian di Proses. Dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan praktikal di sini ialah :

  1. Resume Peribadi
  2. Surat rasmi permohonan kolej / universiti
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan pengesahan pelajar
Pastikan selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan telah menghantar maklumat dan dokumen yang diberikan, pelajar praktikal hendaklah mengambil tindakan susulan dengan bertanyakan khabar status penerimaan anda selepas satu (1) minggu. Sekiranya pengesahan telah diterima, tahniah diucapkan.

B. Kerjaya, Cara Memohon?

Sama seperti cara memohon melakukan praktikal cuma anda perlu sertakan dokumen lengkap berserta jawatan yang ingin dipohon melalui resume. Pastikan salinan sijil berkaitan terutamanya salinan kad pengenalan dan surat beranak disertakan dalam dokumen tersebut. Pengambilan pekerja adalah bergantung kepada tawaran kosong yang ada.

Jawatan yang ditawarkan mengikut keutamaan semasa adalah operator pengeluaran, juruteknik, jurutera, pegawai tadbir, akauntan dan mana-mana keperluan dari masa ke semasa.

Permohonan kerja kosong di kilang Rohm Wako selalunya melebihi dengan kuantiti tawaran kosong yang ada. Maka tidak hairanlah sekiranya yang mendapat panggilan temuduga adalah mereka yang benar-benar bertuah. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Berikut adalah asas dokumen yang diperlukan.

  1. Resume Peribadi
  2. Surat rasmi memohon jawatan kosong
  3. Salinan sijil akademik dan ko-kurikulum
  4. Salinan Kad Pengenalan
  5. Salinan Surat Beranak

Dokumen – dokumen untuk praktikal atau kerja kosong boleh diberikan kepada pondok pengawal di pintu utama kilang, penghantaran melalui pos atau e-mail secara format PDF ke alamat yang diberikan.
📡 Maklumat Asas ROHM WAKO:

  1. Saiz tenaga manusia dalam lingkungan 2,000 pekerja
  2. Kod pemakaian adalah beruniform
  3. Kemudahan elaun makanan, perubatan, kedatangan dan parkir.
  4. Bahasa pengantar bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.
  5. Waktu bekerja bagi syif normal adalah daripada hari Isnin – Jumaat.
  6. Waktu bekerja bagi syif lain adalah 24 jam kecuali hari kelepasan am utama.
  7. Lokasi kilang adalah di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II.
  8. Produk yang dikeluarkan adalah semikonduktor seperti diod, LED dsb.

📮 Alamat Surat-Menyurat :
ROHM WAKO Electronis (M) Sdn Bhd
Lot 1320, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II
16100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
E-mail : pers@adm.rohmmalay.com

Hubungi Bahagian Sumber Manusia di no. telefon 09-774 1500 untuk pertanyaan lanjut.

Link yang berkaitan adalah di Ex-Rohm Wako Page, sebuah page berkongsi maklumat berkenaan dengan kerja-kerja kosong dan umumnya berkenaan kilang Rohm Wako di Pengkalan Chepa. Ingat, page ini bukannya official page bagi syarikat ini.

Homestay D’QQ Studio Suite Apartment Kota Bharu

D’QQ Studio Suite Apartment ,Sky Riverfront – Kiara D Riva, Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu Kelantan.


Apartment 1 bilik jenis studio Suite yang boleh menampung 2 orang dewasa & kanak – kanak.

Lokasi : Terletak di Kota Bharu,berhampiran sungai Kelantan 500 m, 1.3 km dari pusat beli belah Kota Bharu Mall (KB MALL) dan 1.5 km dari Kampung Kraftangan serta Muzium Kraf,dan 2.4 km ke Tesco dan Aeon Mall.

Kemudahan bilik : Bilik bersih,TV,Aircond,water heater dll.

53591709_10157091236537838_1573413289809936384_n

Kemudahan Facility : Tempat meletak kereta percuma, Taman permainan kanak – kanak, kolam renang (Dewasa & Kanak2), gymnasium, serta sauna.

Harga : RM90 semalaman

Sebarang tempahan bilik dan pertanyaan boleh tekan link di bawah 👇👇https://wa.me/+60197368315 (Mr. Zul)
https://wa.me/+60145412878 (Mrs. Wany)

Design a site like this with WordPress.com
Get started