Masyarakat : Enam Beradik Berdikari Tanpa Ibu Bapa

Mei 28, 2019 Ulu Tiram, Johor : Enam (6) beradik terpaksa bertungkus lumus untuk hidup kais pagi dan kais petang apabila ketiadaan penjaga dan ibu bapa disebabkan kematian ibu serta ditinggalkan oleh bapa mereka atas sebab-sebab tertentu. Kakak (16 tahun) dan abang (15 tahun) terpaksa bekerja untuk menyara adik-adik berusia 14, 5, 4 dan 2 tahun.

Berdasarkan perkongsian netizen bernama Awie Castello di laman sosial Facebook menbongkarkan kesempitan hidup mereka sekeluarga dan maklumat lanjut boleh hubungi beliau melalui whatsapp +60177-770757. Sekiranya masyarakat bertanyakan di mana peranan pihak berwajib seperti majlis agama tempatan, penghulu kampung ataupun ahli parlimen, beliau tidak mahu mengulas panjang hal berikut kerana tanggungjawab sosial adalah ingin membantu apa yang boleh untuk ringankan bebanan keluarga ini.

20190528_093618

Sumbangan juga boleh disalurkan kepada mereka terus di alamat No. 98-A1 Tingkat Atas Jalan Chempedak Taman Tiram Baru, Ulu Tiram, Johor dengan menghubungi kakak sulung mereka, Azlina. Semoga kesempitan mereka dapat diringankan dengan bantuan anda semua.

Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, sama-sama lah membantu walaupun hanya sekadar sama-sama berkongsi maklumat kepada mereka yang lain.

Rujukan : Facebook akaun Awie Castello

Nasi Kerabu Berlauk Ikan Keli Goreng

Nasi kerabu berlauk ikan keli goreng

Nasi kerabu, siapa dalam Malaysia tak pernah kenal? Nasi yang digaul dengan ulam-ulaman, budu tumis dan sambal kelapa tumis merupakan nasi tradisional kebanggaan orang Pantai Timur di Kelantan.

Lauk pauk yang selalu dihidangkan bersama nasi kerabu adalah telur masin, ikan rebus goreng, ayam atau daging dsb. Dalam hidangan ini, kerepok keping adalah wajib sebagai pelengkap utama nasi ulaman ini.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Secara tradisinya, orang Kelantan menjadikan nasi kerabu ini sebagai hidangan waktu pagi. Namun, pada hari-hari istimewa yang lain seperti bulan Ramadhan, ianya juga dihidangkan sebagai juadah utama berbuka puasa.

Makanan tradisi ini juga dapat dijumpai di negeri Terengganu terutamanya di daerah Besut. Jom, sesiapa datang ke Kelantan, cuba makanan ini kerana ianya pelengkap kedatangan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Ramadhan dipenghujung, Syawal menjelma

Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Cuti persekolahan telah pun bermula. Ramai sudah mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman dengan lebih awal untuk elakkan kesesakan jalan raya. Apa yang pasti, kemeriahan Syawal mulai terasa dan ditambahi dengan alunan lagu-lagu raya mengamit nostalgia dan kenangan dulu kala.

Kemeriahan Aidilfitri tidak lagi sama dengan yang dulu. Anak-anak asyik dengan gajetnya dan atuk nenek hanya dapat melihat gelagat cucu sambil mengeleng kepala. Halikatnya, yang tua akan mengatakan yang muda leka dengan teknologi terkini walaupun di hari raya. Harusnya yang muda selami perasaan mereka yang lebih tua kerana hanya jarang sekali dapat bertemu mata dan beramah mesra.

Dulu persiapan Aidilfitri dilakukan bersama-sama dengan keluarga seperti membuat biskut raya dengan anak perempuan serta ibunya. Sekarang, cukup dengan membeli di pasar malam atau “online sales thru internet” lebih mudah katanya. Maklumlah warga kota sibuk dengan masa kerja dan asyik berbuka puasa dengan “roti bersalut jem” di jalan raya.

Biskut raya penuh warna warni

Jika dibandingkan dulu dan kini, ada banyak bezanya. Setiap zaman ada baik dan buruknya. Apa yang perlu, masing-masing selami dan fahami antara satu sama lain. Sebagai contoh gajet amat diperlukan sekarang kerana ianya merupakan keperluan hidup bukannya status kemewahan lagi.

Apa yang penting, hayatilah kedatangan Aidilfitri yang akan menjelma nanti dengan penuh kesyukuran kerana diberi peluang menyambut bersama sanak saudara, keluarga dan sahabat handai di sekeliling.

“Hai orang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat.” (maksud al-Baqarah: 254)

Rayakan Aidilfitri kali ini dengan keserderhanaan agar intipati Ramadhan terus mekar dalam hati sepanjang masa. Salam Ramadhan dan selamat datang Aidilfitri.

– Nukilan Malam-Malam Terakhir Ramadhan 2019.

Bajet Trip Ke Tokyo Jepun

Salam konnichiwa,

Perjalanan melancong ala bajet trip ke Tokyo Jepun pada penghujung bulan Mac tahun 2019 semasa penghabisan musim sejuk yang lalu amat menakjubkan samada dari segi suasana tempatnya dan juga perbelanjaan yang dikeluarkan pada kali ini. Bagi membolehkan trip kali ini menepati sasaran bajet yang dikehendaki, perancangan selama 3 bulan sebelum bertolak perlu dilakukan dengan hati-hati dan cermat.

Perkara asas yang perlu dilakukan adalah :

  • Tarikh perjalanan dan musim yang akan ditempuhi : 14hb sehingga 19hb Mac 2019
  • Tempoh berada di sana : 4 hari 3 malam (tidak termasuk hari perjalanan)
  • Solo atau berkumpulan samada lelaki atau perempuan : Kumpulan kecil seramai 3 orang lelaki sahaja
  • Tempat yang ingin dituju iaitu di kampung atau di bandar : Tokyo Metropolitan City of Japan

Ini adalah perkara yang perlu ditekankan sekiranya anda ingin melancong ke Jepun dengan bajet yang cukup-cukup dan tidak terlalu membebankan. Perbelanjaan kali ini kami sasarkan dalam lingkungan RM4,000 ke bawah termasuk tiket penerbangan ke Tokyo Jepun.

Berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut lagi? Hubungi kami melalui blog ini untuk dapatkan e-book Bajet Trip Ke Tokyo Jepun dengan harga tawaran RM10.00 per naskah.

Kandungan e-book ini merangkumi langkah-langkah mengira bajet yang perlu, tips memilih hotel yang murah tapi selesa, asas makanan halal dan broadband atau sambungan internet sepanjang di Jepun.

Tinggalkan komen atau email kami di safranabadi@gmail.com untuk tempahan.

Canggih Brand; product of Malaysia in school uniform

My-Sutera Sdn Bhd (which was incorporated on 15th November 1995) is a wholly owned subsidiary of My-Sutera Holdings Sdn Bhd, upon completion the Sales & Purchase from KUB Malaysia Berhad, on 7th September 2007.

Its factory is located in Pengkalan Chepa Industrial Estate Phase II about 15 minute drive from Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu, Kelantan. With the current set up, the factory is capable producing more than 3.5 millions pieces per year.

“Canggih”  to be recognized  as one of the topmost brand and we, as the owner, running in the forefront of garment manufacturing nationwide.

Our product will be of superior quality that satisfies the customers. We will be creative and single-minded in our effort to be a company of distinction for the benefit of our shareholders , employees and customers. In all that we do, we will be guided by the highest standards of integrity.

My Sutera Sdn Bhd are proud to acknowledge that “Canggih” has managed to bring quality and style to the school uniforms which for long were treated more as rather than the school wear of quality. As a testimony of commitment to our quality system of ISO 9001:2000 certified to us in June 2005.

Trademark “Canggih” brand for school uniform

My Sutera Sdn Bhd have also experienced collaborating with Ministry of Entrepreneur and Cooperative (at the time) in setting up the Vendor Development Programme to grow hand in hand in the garment Manufacturing Industry. At present moment, we have twenty (20) vendors throughout nationwide participating in our vendor program.

This show prove of “Canggih” products acceptance both by school going children and corporate clients. High awareness and acceptance of “Canggih” brand among parents and corporate clients give us plenty of room for further growth.

The latest development, My-Sutera Sdn Bhd has also embarking into specialised fire retardant exclusive for used by fire brigades, military personels, shipboard engineers, chemical plants and etc. We are the appointed manufacturer for all Kermel products from France.

Location : My Sutera Sdn Bhd Main Factory, PT4256, Pengkalan Chepa II Indurstrial Park, 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Tel. +609-771 3011 Fax. +609-774 6004

Rumah Anak Yatim Persendirian Perlu Pembelaan

Baru-baru ini penulis berpeluang menghadiri jemputan majlis berbuka puasa di rumah anak yatim tadbiran individu persendirian yang terletak di Kota Bharu. Jumlah penghuni tidaklah ramai dalam lingkungan 31 kanak-kanak lelaki dari peringkat umur 8 hingga 18 tahun sahaja dan baru sahaja beroperasi dalam 3 tahun.

Dalam satu hadis Nabi S.A.W bersabda “Sebaik-baik rumah tangga Muslim ialah di dalamnya ada anak yatim yang dilayani dengan baik” (H.R. Ibnu Majah)

Kanak-kanak ini bukan sahaja golongan anak yatim tetapi ada juga dalam golongan susah. Bagus dan murni tindakan individu ini membuka rumah perlindungan ini tetapi apabila ditanya dan diselidik, anak-anak ini tidak diberikan pendidikan sekolah.

Ya, pendidikan sekolah dari peringkat rendah hingga ke menengah atas alasan tiada dana yang mencukupi untuk menghantar mereka ke sekolah. Mereka hanya diberi pendidikan agama sahaja seperti menghafaz Al-Quran dan Hadith. Kanak-kanak ini hanya didaftarkan untuk mengambil peperiksaan peringkat SPM sahaja secara persendirian.

Majlis agama Islam tempatan

Adakah kerajaan membenarkan hal ini berlaku? Bukankah persekolahan di negara ini adalah percuma dan mendapat bantuan untuk golongan yang susah. Adakah kanak-kanak ini menpunyai peluang yang cerah jika hanya tahu menghafal Al-Quran dan Hadith? Soalan demi soalan menghantui dalam kepala penulis. Keseimbangan antara ilmu akhirat dan duniawi perlulah seimbang.

Penulis juga dimaklumkan majlis agama tempatan di sini tidak dapat memberi sebarang bantuan kewangan disebabkan syarat yang ketat dan antaranya mewajibkan kanak-kanak tersebut diberi pendidikan persekolahan.

Pendidikan peringkat rendah dan menengah hendaklah diberikan kepada kanak-kanak tersebut untuk membolehkan mereka bersedia apabila keluar kepada masyarakat luar nanti. Sekurang-kurangnya peluang pekerjaan lagi meluas bukan setakat menjadi imam, ahli tahfiz atau ustaz sahaja.

Pandangan penulis, pusat persendirian ini tidak mengambil kira keperluaan duniawi mereka dan hanya diberikan pendidikan agama sahaja. Disebabkan inilah umat Islam semakin mundur kerana tiada keseimbangan dalam mencari ilmu.

Bekerja lah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun. Beribadat lah kamu seolah kamu akan mati pada hari esok.

Sedih melihat pandangan sempit sesetengah pusat jagaan anak-anak yatim ini dan ada sesetengah penjaganya menyuruh kanak-kanak ini memungut derma daripada orang ramai. Bagi rumah anak yatim ini, penulis tidak pasti tetapi aktiviti rumah ini beroperasi hasil sumbangan orang ramai.

Harapan penulis agar penjaga rumah kelolaan persendirian ini dapat mengatur masa depan kanak-kanak ini dengan lebih bijak dan sistematik kerana kita lah mencorakkan masa depan mereka ibarat kain putih dicorakkan oleh orang yang lebih dewasa.

Wallahualam.

Cat as a pets

Cats are pet favorites of anyone including children. Cats are considered as spouses in someone’s life, but some of us talk to a cat as if the cat understood what was being said. There is a fact that we talk more often with cats, more likely they will ‘talk’ with us again. True or not, no one knows about it.

Our pets that we just called it “Si Comot” means very naugty.

But while keeping the cat is a pleasure, cat hygiene should not be forgotten. BEWARE if you keep the cat. There is a kind of parasite, Toxoplasma gondi, which can spread to humans through cat stool. Not only the toxoplasmosis that cat can bring is another parasite that can be spread.

Use gloves while cleaning the cat stool and wash the place with antiseptic like Chlorox to kill the parasite. If walking outdoors, be careful of the place where many cat stool. Toxoplasmosis can cause swelling of the glands and if the immune system is weak, it can infect the brain. It can infect babies in the womb and cause microcephaly and retard the baby’s brain.

This does not mean that cat can not be kept as a pets but hygiene needs to be carefully maintained and cats need to be treated and properly eaten so as not to infect parasites.

Ramadhan: Fasting Month for Muslim

Muslims in Malaysia and the rest of the world are fasting this holy month that we called Ramadhan started from May, 6th until June, 5th. They fast from dawn until sunset and the duration of this fast depends on their position. About almost 70% population in Malaysia is Muslim and others are Christianity, Buddist, Hindu and Sikh.

The main purpose is to remember the state of the poor living in hunger, distress and hardship. With this, people can apply the values of humanity to always know that there are others who live in distress.

“Breaking fast should be simple. Do not waste food due to your hunger desired.”

This is one of the obligations that Muslims need to do and it is one of the pillars of Islam that every Muslim needs to obey except those who are old person not in good health, sickness person, pregnant and also in travelling condition.

Hopefully this year, all Muslims around the world can appreciate this holy month with gratitude besides live in harmony between other religions because we all human just only in one world. Spread love and respect others believers. Malaysia is a multicultural nation will always respect each others and live in peace because we all Malaysian, one for all and all for one.

Spread peace and love around the world.

Kids is our future life

Thank God for giving us kids to full fill our each second of moment and time with their laugh. Without them, it can not be wonder how should we live without any purpose in daily routine life. Now, raise the kids is the main goals to ensure them can survive after we gone.

From left Daniel, Erynna and Adrian

Surely each parents always have their headaches to raise kids but if we think it back, this precious moment will pass by after them grow up later. Be patient with their attitude and hyperactive behaviour. Kids always want try something new, and we as a parent need guide them.

Basically, give them enough education and knowledge for the preparation of their life. Additional but needed is the LOVE. Always remember that, without purely love from parents’ heart will make our kids just be like a human robot.

“The greatest legacy one can pass on to one’s children and grandchildren is not money or other material things accumulated in one’s life, but rather a legacy of character and faith.” — Billy Graham, evangelist

With the God guide, grace and will, parents enable to make the kids grow in happy life and meaningful to our society.


人間の運命は複雑なことです。その生きている道は川の流れのようです。高い山から広い海までの流れ道は凸凹になって,進んでしかない。自分のことを信じて,必ずスムーズになれます。

Human destiny is complex thing to understand it. Life is something just like a stream from highest mountain flow to a huge sea with a lot of difficulty in the way of journey. Believe yourself and have a faith.


Good luck to all parents.

May force with you. 😊

Link to my personal twitter: https://twitter.com/pokju79?s=09

Kota Bharu City

Previous post, I’m from Kota Bharu City, Kelantan state located at East Cost Peninsular of Malaysia. Kota Bharu, a small town with population over than 300,000 people. Almost near 90% population at here is Malay race and others are Chinese, Siamese.

Kota Bharu is a major city center for the State of Kelantan. Kota Bharu’s urban development began in 1844 as a Royal settlement now serves as a major center for administration, trade, finance, culture and education.

Istana Jahar, previous a royal castle for Sultans.

Kota Bharu means “New Castles” from Malay language, is the oldest city on the East Coast of Peninsular Malaysia. The city is located not far from the mouth of the Kelantan River.

Design a site like this with WordPress.com
Get started